Surat kiriman tidak rasmi

Nazreeba Bte Abdul Kader

Blk 173

#08-128

Singapura 310173

 

20 Julai  2009

 

Menemui sahabat yang diingati selalu

Saudara Ahmad Hanis Bin Saharom

Dengan Selamatnya

 

Saudara

 

Apa khabar saudara di sana? Saya baik-baik sahaja di sini. Saya berharap saudara dan keluarga dalam keadaan yang sama. Saya meluangkan waktu ini untuk memberi tahu saudara tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh rakyat Singapura sekarang ini.

 

Di Singapura kita semua menjalankan satu kempen yang di anjurkan oleh pemerintah untuk menghemat listrik di rumah. Kempen ini di namakan “ Earth Day “ atau dalam bahasa melayu di artikan Hari Dunia. Kempen ini tidak di paksakan, bagi setiap orang yang tertarik boleh mengikuti kempen tersebut.

 

Selain dari kempen Hari Dunia, rakyat Singapura juga kitar semula barang-barang yang boleh di kitar semula. Pasar raya menawarkan tas belanja supaya pembeli boleh menggunakan tas belanja tersebut lebih dari satu kali. Mereka juga mengurangi pemakaian beg plastik.

 

Di rumah, saya tidak menggunakan hawa dingin kerana itu menggunakan lebih banyak listrik. Kita satu keluarga setuju untuk menggunakan kipas supaya kita juga boleh membantu menyelamatkan dunia kita. Selain dari kipas, kita juga tidak menyalakan lampu sewaktu hari masih terang untuk menghemat listrik. Dengan ini kita juga boleh menghematkan wang.

 

Saudara, inilah sahaja yang sempat saya kongsi bersama saudara untuk kali ini. Semoga surat ini boleh membantu saudara untuk mengerti tentang bertapa pentingnya untuk menyelamatkan dunia ini. Sehingga kita bersua lagi di lembaran yang lain, sambutlah salam mesra daripada saya buat saudara dan keluarga.

 

 

Yang iklas

Nazreeba Bte Abdul Kader

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.