Jabbawockeez adalah kumpulan penari San Diego, California, USA. Mereka diberikan julukan sebagai ” American Best Dance Crew “. Mereka memenangi pertandingan itu pada tahun 2007 sebagai juara. Penarinya sebanyak 6 orang tetapi ada juga ahli simpanan. Saya sangat tertarik dengan penari - penari ini kerana mereka kelihatan sangat percaya diri. Mereka tidak khuatir akan bakal kalah. Mereka cuba untuk membuat penonton menyukai mereka. Setelah mereka memenangi pertandingan ini juga mereka tidak bersikap sombong. Saya mulai menyukai Hip Hop dance kerana mereka. Mereka adalah penari yang paling saya gemari. Semoga anda menyukai mereka juga.
Video yang di atas ini akan memperlihatkan mereka sewaktu pertandingan American Best Dance Crew. Silakan menikmati.